Berapa peratuskah hasil pendapatan anda adalah pasif? Jika anda bijak, anda sudah mula untuk bertukar daripada aktif kepada pasif. Ini akan memberikan lebih banyak masa untuk anda melakukan apa yang anda suka ketika waktu yang anda mahukan.
Kata kuncinya ialah anda perlu mencuba satu punca pendapatan pasif setiap tahun!
Berikut adalah beberapa jenis punca pendapatan pasif yang boleh anda buat kajian :
Kata kuncinya ialah anda perlu mencuba satu punca pendapatan pasif setiap tahun!
Berikut adalah beberapa jenis punca pendapatan pasif yang boleh anda buat kajian :
- Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan
- Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
- Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka
- Agen insuran yang mendapat pendapatan sampingan
- Pengusaha gayapos/internet yang mendapat keuntungan berterusan
- Ahli jualan langsung yang menerima komisen bulanan
- Pelakon yang mendapat bayaran royalti
- Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes
- Pencipta software yang menerima royalti
- Pencipta permainan video mendapat royalti
- Penjual senarai nama yang mendapat yuran sewaan
- Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah
Sebelum anda pergi tidur malam ini, tanya kepada diri anda soalan ini:
“Berapa peratuskah dalam sehari masa yang saya luangkan untuk mencipta pendapatan secara pasif?” Jika jawapan anda ialah tiada, anda mempunyai masalah. Adalah lebih baik apabila anda bangun keesokkan harinya dan mula sibukkan diri anda.
Nasihat saya jika anda kini bergantung sepenuhnya pada pendapatan aktif, masanya sudah tiba untuk anda mencuba pendapatan pasif yang saya senaraikan diatas tadi. Anda tentu akan berterima kasih kepada saya nanti ;)
0 comments:
Post a Comment